Glittermaker

Wednesday, June 30, 2010

Air Terjun Chemerong


Air terjun Chemerong terletak di Gunung Berembun yang mana mempunyai ketinggian 2077 meter.

Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

Tuesday, June 29, 2010

MASJID KRISTAL

Masjid kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan perlancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu.

Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca Al-Quran elektronik.

Monday, June 28, 2010

LA HOT SPRING


Kolam Air Panas La

Kawasan air hangat ini terletak di pendalaman Hulu Besut kira-kira 28 km dari Bandar Jertih Terengganu. Pusat Pelancongan ini atau lebih dikenali dengan panggilan La Hot Spring telah dibuka kepada orang ramai sebagai tempat pelancongan pada tahun 1992 sempena perlancaran Ekspo Pembangunan dan Pekan Budaya Daerah Besut.

Air hangat yang mengalir ini mengandungi kimia "SULFUR" atau belerang dengan kehangatannya mencapai 49 darjah celsius. Ianya berkhasiat untuk mengubati penyakit kulit dan juga boleh dimandi. Di sini juga terdapat Wadding Pool bekas air hangat (thermos).

La Hot Spring juga menyediakan banyak kemudahan untuk orang ramai seperti rumah rehat, musalla, tandas awam, restoran dan lain-lain lagi.


Artikel dipetik dari Portal Rasmi Majlis Daerah Besut.


Sunday, June 27, 2010

Muzium Negeri Terengganu


Muzium ni adalah muzium terbesar di Asia Tenggara dengan menempatkan empat blok utama dan lima rumah tradisional.

Muzium kegemilangan Terengganu ini kaya dengan sejarah budaya yang kekal sampai ke hari ini.

Terletak di Bukit Losong, Kuala Terengganu. Senibina yang cantik ini mendapat inspirasi dari istana lama di Terengganu.

Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang muzium ini....jom singgah kat sini.






Friday, June 25, 2010

Nasi Dagang Kuala Terengganu


Erm...baru saya terfikir...makan tradisi orang-orang di Terengganu iaitu NASI DAGANG. Nasi dagang mempunyai sedikit kesamaan dengan sate. Sebaik mana nasi dagang dikukus atau sate ayam dibuat rasa masing-masing yang terakhir bergantung pada lauk dan kuahnya. Secara tradisinya, ikan aya atau ikan tongkol menjadi regu nasi dagang.

Selamat menikmati!!!

Tuesday, June 22, 2010

Kuala Terengganu Waterfront

Ini lah gambaran Waterfront Kuala Terengganu

Permainan Tradisi Kanak-Kanak Di Terengganu

Erm...ni yang best ni..antara permainan tradisi kanak-kanak di terengganu. jom kita lihat.

# napang kludok ~ sejenis permainan senjata api menggunakan peluru buah senduduk.

# tol nusuk ~ permainan sembunyi-sembunyi

# bola lipar ~ permainan menyusun selipar didalam kumpulan.

# bola teng ~ permainan menyusun tin-tin kosong dalam kumpulan

sebenarnya ada banyak lagi...tunggu....

Taman Rekreasi & Mini Zoo


Taman rekreasi & mini zoo ini terletak di Kampung Ibok/Bukit Takar, Kemaman.



Petikan sumber dari Karim's Blog

Masjid Terapung Kuala Terengganu

Saya nak kongsi gambar Masjid Terapung di Kuala Terengganu.






Monday, June 21, 2010

Makanan Popular Di Terengganu



Ni paling best. Makanan popular di terengganu. Jom ler tengok. Nyum..nyum..nyum..

# Ikan Singgang Terengganu
# Kuih Tepung Gomak
# Kuih Tahi Itik
# Kuih Nekbat
# Kuih Akok
# Nasi Dagang
# Nasi Kerabu
# Satar
# Keropok Lekor
# Budu




Air Terjun Di Terengganu

Erm..dh tengok pulau-pulau yang ada di terengganu kan?...sekarang kita tengok pula air terjun yang terdapat di terengganu.

# Air Terjun Sekayu
# Belukar Bukit
# Lata Belatan
# Lata Tembakah
# Jeram Penitih
# Tasik Kenyir
# Lata Cemerung

sumber-sumber ni kita dapat dari http://www.waterfallsofmalaysia.com/state.php?state_id=13

Pulau Pulau Di Terengganu


Jom jenguk sekejap pulau-pulau yang ada di terengganu.

# Pulau Perhentian
# Pulau Redang
# Pulau Tenggol
# Pulau Kapas
# Pulau Gemia
# Pulau Lang Tengah

Jom Kenali Malaysia - Peta

Selamat Datang Ke Terengganu

Hello semua. Terima kasih kerana sudi melawat blog kite nie....baru nak belajar buat blog. Kebetulan ada pertandingan mencipta blog pelancongan untuk negeri terengganu. Selamat Melayari.