Glittermaker

Saturday, July 31, 2010

HULU TERENGGANU




Hulu Terengganu atau Ulu Terengganu merupakan sebuah daerah yang agak terpencil di Negeri Terengganu namun mula dikenali setelah adanya projek hidroelektrik Kenyir. Kini tasik buatan manusia itu amat dikenali sebagai destinasi perlancongan.

Namun begitu kelahiran nama Terengganu Darul Iman itu sendiri ada kaitan yang sangat rapat dengan Hulu Terengganu. Ini kerana Batu Bersurat Terengganu yang menyatakan daerah ini yang mula-mula menerima Islam di Terengganu malah di Malaysia. Ia dijumpai di Kg. Buluh iaitu sebuah kampung di Hulu Terengganu.

Kuala Berang merupakan pekan paling dikenali di Hulu Terengganu. Masyarakat di sini lebih bertumpu di sini dalam urusan harian kerana pusat pemerintahan dearah di jalankan di sini. Segala macam pembangunan sudah diperlihatkan oleh Kuala Berang untuk menggambarkan Hulu Terengganu tidak sama seperti di tempat lain kerana lazimnya hulu itu diketahui akan terpencilnya sesuatu kawasan itu.



DUNGUN



Dungun merupakan sebuah daerah dalam Negeri Terengganu. Namanya dipercayai berasal daripada nama Pokok Dungun, sejenis pokok yang banyak tumbuh di kawasan paya air tawar. Dungun dipercayai telah dibuka oleh pendatan dari Pagar Ruyung, Sumatera, berdasarkan:

#kebanyakkan orang Dungun pada suatu masa dahulu berasal dari Kepulauan Indonesia.



Wednesday, July 28, 2010

Pantai Penunjuk, Kijal Kemaman




Pantai Penunjuk terletak di Kijal, Terengganu. Pantai yang sungguh cantik dengan air laut yang cetek amat sesuat untuk aktiviti perkelahan.


Taman Telaga Simpul



Taman Telaga Simpul ini terletak di bahagian utara Kemaman. Taman Telaga Simpul ini kaya dengan kisah mistik.

Menurut cerita yang dimaklumkan, Telaga Simpul wujud akibat aliran mata air yang mengalir dari atas Bukit Pejajat dan mula bertakung di kaki bukit itu sehingga menjadi seperti sebuah kolam.

Airnya yang dikatakan tidak kering, jernih dan segar sehingga kini menyebabkan ia dipanggil telaga.

Menurut cerita penduduk, telaga ini sering dikunjungi oleh penduduk tempatan untuk minum, basuhan serta mandi manda selain menjadi tempat persinggahan pelayar-pelayar mengisi bekalan air untuk belayar.

Catatan awal mendapati telaga ini dipercayai dibina oleh Abdullah Munshi ketika beliau belayar ke Kelantan, Pahang dan Terengganu namun sehingga kini tiada bukti yang menunjukkan beliau yang membinanya.

Sumber dipetik dari Utusan Malaysian Online. Klik sini.




Taman Bandar Chukai


Taman Bandar Chukai ini terletak di daerah Kemaman. Taman ini amat sesuai untuk aktiviti riadah seperti berjogging, taman permainan kanak-kanak, ada menyediakan astaka, padang awam dan juga open gym.

untuk maklumat lanjut, klik disini.


Tuesday, July 27, 2010

Masjid Al-Ikhlas, Banggol Tuan Muda


Hasrat murni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah yang sentiasa bercita-cita mahu mengabadikan rumah Allah terpamer dengan terbinanya Masjid Al-Ikhlas,Banggol Tuan Muda, Kuala Terengganu apabila Al-Marhum berkenan membiayai dana pembinaan masjid tersebut. Masjid ini menjadi kebanggaan kepada lebih 1000 orang penduduknya kerana berupaya menjadi pusat ibadat dan penjana budaya Islam sekaligua menggambarkan keprihatinan Al-Marhum dalam usaha meningkatkan Syiar Islam di kalangan rakyat.

Pembinaan Masjid Al-Ikhlas, Banggol Tuan Muda, Kuala Terengganu ini memperlihatkan wujudnya kesinambungan usaha antara pemimpin, kerajaan negeri dan masyarakat tempatan dalam pengembangan syiar Islam dengan memanafaatkan fungsi masjid sebagai insitusi pemangkin ketamadunan ummah sejagat.


Masjid Al-Muktafi Billal Sha





Masjid Al-Muktafi Billah Shah ini telah dibina di atas tapak seluas 3.3 ekar di tepi Jalan Sultan Mahmud bersebelahan dengan Hospital Kuala Terengganu.

Tapak masjid ini asalnya tapak dewan orang ramai dan juga tanah perkuburan Hospital Kuala Terengganu. Perletakan batu asas Masjid Al-Muktafi Billah Shah telah dilakukan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Kewangan Malaysia pada ketika itu, pada awal bulan Julai 1978. Masjid ini dibina dengan rasminya pada 2 Mei 1981 dan telah siap sepenuhnya pada 2 Nov 1984. Masjid ini telah digunakan pada 23 Nov 1984 yang dimulai dengan solat Jumaat.

Friday, July 23, 2010

Masjid Tengku Tengah Zaharah



Gagasan pembinaan Masjid Tengku Tengah Zaharah, Teluk Ibai, Kuala Terengganu merupakan cetusan idea Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Nama masjid tersebut sempena nama Al-Marhumah bonda baingda dan baginda telah berkenan menyumbangkan sebahagian daripada dana pembinaanya. Pemilihian lokasi di Teluk Ibai adalah sesuatu yang cukup tepat dan indah dengan kombinasi warna langit yang terbuka, air yang memantulkan replikasi yang amat ceria dan putihan pasir pantai yang sekaligus memberi erti betapa keagungan syiar Islam terangkum dalam satu bentul tamadun yang terus berkembang.

Masjid ini telah dibina di atas tanah yang ditebusguna seluas 5ekar di Teluk Ibai. Ia dapat menampung ahli qariah dan jemaah dari beberapa perkampungan sekitarnya serta juga para pengunjung dan juga musafir. Kedudukannya di tepi Jalan Sultan Mahmud, 7km ke Kuala Terengganu cukup memikat para pelancong untuk menunaikan ibadat dan menghilangkan penat. Dengan landskap yang diilhamkan secara seni dan perkongsian idea senibina yang cukup harmoni, tambahan pula kelihatan diapungi air tasik yang jernih, Masjid Tengku Tengah Zaharah adalah jelmaan suatu gagasan yang amat padu, wajar dan berkomposisi secara saksama dan profesional.


Masjid Abidin Kuala Terengganu




Sebagai sebuah negeri Islam, maka masjid adalah suatu simbol agama yang dipandang mulia dan suci, selain daripada menjadikan tempat untuk beramal ibadat. Negeri Terengganu Darul Iman berasa bangga dengan adanya sebuah masjid bersejarah yang sekarang dikenali dengan nama Masjid Abidin yang tersergam indah di tengah-tengah Bandar Kuala Terengganu. Dahulunya masjid ini dikenali dengan nama Masjid Besar atau Masjid Puteh.

Menurut cerita, masjid ini pada mula didirikan tanpa tiang di tengah-tengah bahagian dalam bangunan. Dindingnya hanya sekerat dan melengkung berlubang-lubang bagaikan pintu gerbang. Terdapat sebuah binaan kayu yang beratapkan kayu berlian. Terdapat juga enam buah kolah pada masa itu dan setiap satunya berukuran kira-kira dua depa panjang dan 11/2 depa lebar.


Thursday, July 22, 2010

MARANG




Marang terletak di Negeri Terengganu. Marang menjadi tempat perhentian untuk menyeberang ke Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Gemia dan lain-lain. Pulau Kapas merupakan pulau yang indah, menarik pengunjung dari serata dunia.

Marang terletak di tepi Laut China Selatan. Banyak muka buminya adalah kawasan paya disebelah barat. Sungai Marang mengalir dari Bukit Kor dan Gunung Gajah Terom.


Hotel

  1. Beautisland Resort Sdn Bhd,Pulau Kapas, 21600 Marang, Terengganu
  2. Buai Beach Resort,Kampung Seberang Marang, 21600 Marang, Terengganu
  3. Gem Isles Sdn Bhd,Gem Isles Resort, Pulau Gemia, 21600 Marang, Terengganu
  4. Rangkaian Hotel Seri Malaysia Sdn Bhd,No. 3964, Kampung Paya, 21600 Marang, Terengganu
  5. Zakaria Hamzah,Rhu Muda Motel, Jalan Dungun Batu 12, 21600 Marang, Terengganu

Rekreasi

  1. Pulau Gemia, 21600 Marang, Terengganu
  2. Pulau Kapas, 21600 Marang, Terengganu
  3. Pulau Redang, 21600 Marang, Terengganu
  4. Jeti Pelancongan Marang, 21600 Marang, Terengganu

SETIU




Setiu merupakan sebuah Daerah Bongsu daripada 7 daerah didalam Negeri Terengganu Darul Iman. Ditubuhkan hasil dari perakuan Unit Permodenan dan Kemajuan Pentadbiran(MAMPU) pada 1 January 1985. Daerah baru ini mempunyai keluasan 135,905.80 hektar. Merupakan 10.49% daripada keseluruhan keluasan Negeri Terengganu.

Bersempadan dengan daerah Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Besut. Terbahagi kepada 7 buah mukim iaitu Mukim Pantai (8,499.40 hektar), Mukim Guntung (16,348.50 hektar), Mukim Tasek(5,827.10 hektar), Mukim Hulu Setiu (23,292.90 hektar), Mukim Calok (20,589.60 hektar), Mukim Merang (6,825 hektar) dan Mukim Hulu Nerus (54,523.30 hektar)



Wednesday, July 21, 2010

BESUT





Besut merupakan daerah yang terletak di utara Negeri Terengganu. Ia bersempadan dengan Negeri Kelantan di utara daerah Setiu di selatan dan Laut China Selatan di timur. Pantainya bertanah beris dan menghadap pulau yang terkenal seperti Pulau Kapas, Pulau Perhentian dan Pulau Redang.

Ibu daerah Besut ialah Jerteh. Penduduk Besut bertutur dalam bahasa melayu loghat Kelantan.




KEMAMAN

Jeti Kuala Kemaman

Kerteh Airport

Pelabuhan Telok Kalong


Kemaman merupakan salah satu daerah di Negeri Terengganu, Malaysia. Pusat daerah Kemaman adalah Chukai. Keluasan daerah Kemaman ialah 8,000 batu persegi, ketiga selepas Hulu Terengganu dan Dungun.

Daerah Kemaman terbahagi kepada 11 mukim dengan pusat pentadbiran dan ekonominya tertumpu di Bandar Chukai.


KUALA TERENGGANU





Kuala Terengganu ialah ibu negeri dan juga Bandar Diraja Negeri Terengganu Darul Iman, Malaysia. Ianya terletak 500 km di timur laut Kuala Lumpur dan mengadap Laut China Selatan. Kuala Terengganu telah diiktiraf sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air.

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu merupakan sebuah pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab mentadbir seluruh Kuala Terengganu dan sekitarnya.

Di persisir Kuala Terengganu, terdapat sederet rumah kedai yang dikenali sebagai Kampung Cina(China Town) yang telah wujud semenjak sekian lama. Ia merupakan perkampungan pedagang Cina yang berdagang antara China dan Semenanjung Tanah Melayu yang bermula semenjak awal abad ke 15.

Antara tempat-tempat menarik di Kuala Terengganu termasuk Wisma Darul Iman, Kampung Cina, Pasar Payang, Istana, Muzium Negeri, Pulau Duyung dan Kompleks Kraf Noor Arfa.

Tuesday, July 20, 2010

Busana Terengganu

Songket

Songket Bunga Penuh

Songket Bunga Tabur




Songket diusahakan sejak berzaman di Pantai Timur dan di Terengganu merupakan negerig bermulanya pusat tenunan di Semenanjung. Songket menjadi pakaian golongan istana, orang-orang besar dan kenamaan. Hari ini songket sudah menular lebih jauh lagi. Dipelbagaikan dalam betnuk penghias dinding (seni khat), pakaian pengantin dan patung, cenderamata, tas tangan, lapik pinggan, sarung kusyen, cadar dan lain-lain.

Keanggunan songket terletak pada sulaman halus benang emas dan perak yang menarik. Songket bukan sahaja mahal, tetapi juga memerlukan masa berminggu-minggu untuk menyiapkan satu tenunan dengan menggunakan bahan-bahan yang mahal.

6 bentuk utama songket iaitu songket bunga penuh, songket bunga bertabur, songket corak jalur, songket corak siku keluang, songket tapak catur dan songket pucuk rebung.

Seperti juga batik, penggubah-penggubah bunga kain songket juga memerlukan daya kreatif yang tinggi untuk membentuk satu hasil yang bermutu tinggi.

Nama songket dipercayai berasal dari sungkit. Menyungkit adalah satu teknik atau cara kerja khusus dalam proses menenun kain songket. Teknik ini melibatkan penggunaan alat yang diperbuat dari buluh, lidi atau bilah nibung.

Dalam proses menenun, kesabaran, ketelitian, penglihatan dan memori yang baik sangat penting.

Keindahan songket terletak pada kepelbagaian dan kehalusan coraknya, juga terdapat 100 motid tradisional pada kain songket.


Pasar Payang Terengganu





Pasar Payang terletak di tepi Sungai Terengganu dan merupakan salah sebuah destinasi pelancong yang paling terkenal di Kuala Terengganu. Pasar yang terletak di dalam sebuah bangunan moden ini menawarkan pelbagai jenis kraftangan tradisional seperti batik, kain sutera, kain brocade dan barangan logam serta sayur-sayuran yang segar.

Pelawat yang berkunjung ke pasar ini tentu seronok membli barangan tempatan d sini pada harga yang murah. Pasar ini juga merupakan tempat yang sesuai untuk memerhati dan memahami budaya di sini sambil melihat penduduk tempatan sibuk membeli belah.

Sewaktu di sini, cubalah menjamu selera dengan hidangan tempata istimewa iaitu Keropok Lekor yang ranggup diperbuat dari campuran ikan dan tepung sagu. Keropok ini lazimnya dimakan bersama sos cili. Sungguh sedap!



Sunday, July 18, 2010

Gua Bewah





Gua Bewah terletak di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, Terengganu, Malaysia. Bewah bermaksud aktiviti kenduri-kendara. Terdapat beberapa gua batu kapur yang disini seperti Gua Taat dan Gua Batu Tok Bidan.

Gua Bewah juga dikenali sebagai Gua Tahi Kelawar. Najis burung kelawar menghasilkan tanah yang sangat subur khususnya di sekitar sepanjang tangga dari pelantar Bewah hingga ke pintu masuk gua dan kaya dengan tumbuhan keladi besar dan cili padi.

Tanjung Bewah dibangunkan sebagai tapak perkhemahan yang lengkap dengan tandas, pondok wakaf dan barbeque. Ramai pemancing mengunjungi Gua bewah ini.

Para pelancong boleh datang ke Gua Bewah ini dengan memandu kira-kira 35km dari Kuala Berang hingga ke Tasik Kenyir.