Glittermaker

Showing posts with label Masjid di Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Masjid di Terengganu. Show all posts

Tuesday, July 27, 2010

Masjid Al-Ikhlas, Banggol Tuan Muda


Hasrat murni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah yang sentiasa bercita-cita mahu mengabadikan rumah Allah terpamer dengan terbinanya Masjid Al-Ikhlas,Banggol Tuan Muda, Kuala Terengganu apabila Al-Marhum berkenan membiayai dana pembinaan masjid tersebut. Masjid ini menjadi kebanggaan kepada lebih 1000 orang penduduknya kerana berupaya menjadi pusat ibadat dan penjana budaya Islam sekaligua menggambarkan keprihatinan Al-Marhum dalam usaha meningkatkan Syiar Islam di kalangan rakyat.

Pembinaan Masjid Al-Ikhlas, Banggol Tuan Muda, Kuala Terengganu ini memperlihatkan wujudnya kesinambungan usaha antara pemimpin, kerajaan negeri dan masyarakat tempatan dalam pengembangan syiar Islam dengan memanafaatkan fungsi masjid sebagai insitusi pemangkin ketamadunan ummah sejagat.


Masjid Al-Muktafi Billal Sha





Masjid Al-Muktafi Billah Shah ini telah dibina di atas tapak seluas 3.3 ekar di tepi Jalan Sultan Mahmud bersebelahan dengan Hospital Kuala Terengganu.

Tapak masjid ini asalnya tapak dewan orang ramai dan juga tanah perkuburan Hospital Kuala Terengganu. Perletakan batu asas Masjid Al-Muktafi Billah Shah telah dilakukan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Kewangan Malaysia pada ketika itu, pada awal bulan Julai 1978. Masjid ini dibina dengan rasminya pada 2 Mei 1981 dan telah siap sepenuhnya pada 2 Nov 1984. Masjid ini telah digunakan pada 23 Nov 1984 yang dimulai dengan solat Jumaat.

Friday, July 23, 2010

Masjid Tengku Tengah Zaharah



Gagasan pembinaan Masjid Tengku Tengah Zaharah, Teluk Ibai, Kuala Terengganu merupakan cetusan idea Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Nama masjid tersebut sempena nama Al-Marhumah bonda baingda dan baginda telah berkenan menyumbangkan sebahagian daripada dana pembinaanya. Pemilihian lokasi di Teluk Ibai adalah sesuatu yang cukup tepat dan indah dengan kombinasi warna langit yang terbuka, air yang memantulkan replikasi yang amat ceria dan putihan pasir pantai yang sekaligus memberi erti betapa keagungan syiar Islam terangkum dalam satu bentul tamadun yang terus berkembang.

Masjid ini telah dibina di atas tanah yang ditebusguna seluas 5ekar di Teluk Ibai. Ia dapat menampung ahli qariah dan jemaah dari beberapa perkampungan sekitarnya serta juga para pengunjung dan juga musafir. Kedudukannya di tepi Jalan Sultan Mahmud, 7km ke Kuala Terengganu cukup memikat para pelancong untuk menunaikan ibadat dan menghilangkan penat. Dengan landskap yang diilhamkan secara seni dan perkongsian idea senibina yang cukup harmoni, tambahan pula kelihatan diapungi air tasik yang jernih, Masjid Tengku Tengah Zaharah adalah jelmaan suatu gagasan yang amat padu, wajar dan berkomposisi secara saksama dan profesional.


Masjid Abidin Kuala Terengganu




Sebagai sebuah negeri Islam, maka masjid adalah suatu simbol agama yang dipandang mulia dan suci, selain daripada menjadikan tempat untuk beramal ibadat. Negeri Terengganu Darul Iman berasa bangga dengan adanya sebuah masjid bersejarah yang sekarang dikenali dengan nama Masjid Abidin yang tersergam indah di tengah-tengah Bandar Kuala Terengganu. Dahulunya masjid ini dikenali dengan nama Masjid Besar atau Masjid Puteh.

Menurut cerita, masjid ini pada mula didirikan tanpa tiang di tengah-tengah bahagian dalam bangunan. Dindingnya hanya sekerat dan melengkung berlubang-lubang bagaikan pintu gerbang. Terdapat sebuah binaan kayu yang beratapkan kayu berlian. Terdapat juga enam buah kolah pada masa itu dan setiap satunya berukuran kira-kira dua depa panjang dan 11/2 depa lebar.


Tuesday, June 29, 2010

MASJID KRISTAL

Masjid kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan perlancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu.

Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca Al-Quran elektronik.

Tuesday, June 22, 2010

Masjid Terapung Kuala Terengganu

Saya nak kongsi gambar Masjid Terapung di Kuala Terengganu.