Glittermaker

Friday, July 23, 2010

Masjid Tengku Tengah Zaharah



Gagasan pembinaan Masjid Tengku Tengah Zaharah, Teluk Ibai, Kuala Terengganu merupakan cetusan idea Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Nama masjid tersebut sempena nama Al-Marhumah bonda baingda dan baginda telah berkenan menyumbangkan sebahagian daripada dana pembinaanya. Pemilihian lokasi di Teluk Ibai adalah sesuatu yang cukup tepat dan indah dengan kombinasi warna langit yang terbuka, air yang memantulkan replikasi yang amat ceria dan putihan pasir pantai yang sekaligus memberi erti betapa keagungan syiar Islam terangkum dalam satu bentul tamadun yang terus berkembang.

Masjid ini telah dibina di atas tanah yang ditebusguna seluas 5ekar di Teluk Ibai. Ia dapat menampung ahli qariah dan jemaah dari beberapa perkampungan sekitarnya serta juga para pengunjung dan juga musafir. Kedudukannya di tepi Jalan Sultan Mahmud, 7km ke Kuala Terengganu cukup memikat para pelancong untuk menunaikan ibadat dan menghilangkan penat. Dengan landskap yang diilhamkan secara seni dan perkongsian idea senibina yang cukup harmoni, tambahan pula kelihatan diapungi air tasik yang jernih, Masjid Tengku Tengah Zaharah adalah jelmaan suatu gagasan yang amat padu, wajar dan berkomposisi secara saksama dan profesional.


0 comments:

Post a Comment