Glittermaker

Showing posts with label Makanan Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Makanan Terengganu. Show all posts

Tuesday, July 13, 2010

RESEPI IKAN SINGGANG TERENGGANU


Bahan-bahannya:

5 ekor Ikan Aya/Tongkol atau Ikan Kembung
1/4 inci Lengkuas
4 hiris Kunyit Hidup
2 ulas Bawang Merah
2 ulas Bawang Putih
3 keping Asam Gelugor
2 biji Cili dipatahkan
Garam secukup rasa
Air secukupnya.

Cara membuatnya:

Rebuskan semua bahan sekaligus sehingga ikan masak. Boleh ditambah gula jika sukakan rasa lebih manis.

Dimakan panas bersama tempoyak dan sambal belacan. Sangat sesuai dimakan bersama pelbagai jenis ulam.

Selamat mencuba!!




RESEPI KUIH AKOK

Kuih Akok ini juga merupakan salah satu makanan popular di negeri pantai timur terutama Kelantan dan Terengganu. Akok mempunyai rasa yang sangat manis. Kandungan bahan dan cara membuatnya merupakan faktor yang menjadikan kuih akok ini sedap. Kebiasaan nya kuih akok ini berwarna hijau pucat.

Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya:

bahan -bahannya:
10 biji telur ayam
300 gm gula melaka
200 ml air
400 ml santan
2 helai daun pandan
1/2 sudu kecil garam
60 gm tepung (tapi saya guna 70 gm)

cara membuatnya:
1. masak gula melaka bersama 200ml air hingga larut,masukkan sekali daun pandan yg dicarik2.
2. tutup api. biarkan suam.
3. masukkan santan & bahan lain. kacau sebati. tapis.
4. panaskan acuan akok/ muffin tray. dalam oven 210 degC.
5. letak lapisan paling atas dlm oven. masukkan sedikit minyak dlm acuan. biarkan minyak panas.
6. tuangkan bancuhan akok setinggi 1".
kuih akan mengembang. bila sejuk akan kecut balik.


Selamat mencuba!!


RESEPI KUIH TEPUNG GOMAK

Kuih Tepung Gomak ini juga dikenali sebagai Kuih Buah Beluru merupakan sejenis kuih yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu.

Ia merupakan kuih yang diperbuat dari tepung pulut dan berbentuk bulat gentel dengan inti kelapa manis. Dibahagian luar tepung gomak di lumur dengan tepung kacang hijau untuk mengelakkan ianya melekat sesama sendiri.

Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya:

Bahan-bahannya:

400gm tepung pulut
300gm kacang hijau
300gm gula merah
1/2 biji kelapa parut
1 cawan gula pasir

Untuk inti, campurkan gula pasir dan kelapa parut dengan setengah cawan air dan masak sehingga kering. Angkat dan ketepikan.

Bagi membuat kuih, goreng kacang hijau tanpa minyak sehingga garing dan kisar halus seperti tepung dan ketepikan.

Bancuh tepung pulut dengan air sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dibentuk.
Ambil sebesar telur dan leperkan, bubuhkan sedikit inti didalam dan tutup semula.
Didihkan air yang bercampur daun pandan, masukkan tepung yang berinti tadi, angkat apabila kuih timbul.

Kemudian golek-golekkan kuih tadi didalam tepung kacang hijau, susun didalam pinggan.

Siap untuk di makan, mudah bukan?? cubalah sendiri.



RESEPI KUIH TAHI ITIK

Kuih Tahi Itik ini memang popular di negeri pantai timur terutama Kelantan dan Terengganu. Ia merupakan sejenis kuih yang diperbuat dari putih telur dan disira panas dalam air gula. Ia dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik, menurut citarasa pembuatnya.


Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya:

Bahan-bahan
10 biji putih telur itik
500ml santan kelapa
500gm gula pasir
100gm tepung pulut
200gm tepung beras

Cara-cara
1. Campurkan kesemua bahan diatas ke dalam kuali.
2. Masak dengan api sederhana dan kacau perlahan-lahan sehingga menjadi pekat dan berketul. Biarkan sejuk dan bolehlah dibentuk mengikut cita rasa sendiri.

Cubalah sendiri!!


Sunday, July 4, 2010

RESEPI KUIH NEKBAT

Hai kawan-kawan...nak tahu macam cara nak buat kuih nekbat?... mari kita lihat menu di bawah ini.

Bahan-bahannya:

1kg tepung beras
12bj telur ayam
500g gula
5 helai daun pandan

Cara menyediakannya:

Tepung beras di sanggai dengan api sederhana sehingga kering. Biarkan ianya sejuk. Telur dipukul hingga kembang dan berbuih.

Panaskan acuan dan sapu acuan dengan minyak kemudian taburkan sedikit tepung didalam adunan telur sedikit demi sedikit.

Tuang adunan tepung ke dalam acuan dan bakar hingga kuning.

Untuk siranya, masukkan 2 gelas air dan 10 sudu besar gula ke dalam periuk. Bila air gula sudah mendidih, masukkan nekbat yang telah siap dibakar.

*10 sudu besar gula untuk 10 biji kuih nekbat.



Saturday, July 3, 2010

RESEPI SATAR



Satar sudah siap dibakar

Hello kawan-kawan...nak tau camne cara nk buat satar??? jom kita layan menu kat sini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan:

400g isi ikan tenggiri (dibuang kulit & tulang)
100 ml air asam jawa
8 biji buah keras
2 cm halia dicincang halus
3 biji bawang merah dihiris
1 ulas bawang putih di cincang
150g kelapa parut putih
garam secukup rasa
1/2 camca gula
1 camca belacan
2-3 biji lada merah dicincang
1-2 camca serbuk lada
1 helai daun salam dimayang
1 helai daun kunyit dimayang
Daun pisang dipotong empat segi, dilayurkan
Batang buluh halus sepanjang 30cm

Cara memasaknya:

Rebus isi ikan sehingga masak dan dihancurkan. Campur dengan semua bahan. Bentukkan daun pisang seperti kon. Isikan 2-3 camca campuran ikan tadi. Bungkus dengan kemas dan cucukkan pada batang buluh. Cucukkan 4-5 satar pada tiap satu batang buluh. Bakar diatas bara api sehingga keperang-perangan.
Proses membakar harus berhati-hati jangan sampai daun pisang terbakar dan hangit menyebabkan satar akan rasa tidak enak dan hangus.

Friday, June 25, 2010

Nasi Dagang Kuala Terengganu


Erm...baru saya terfikir...makan tradisi orang-orang di Terengganu iaitu NASI DAGANG. Nasi dagang mempunyai sedikit kesamaan dengan sate. Sebaik mana nasi dagang dikukus atau sate ayam dibuat rasa masing-masing yang terakhir bergantung pada lauk dan kuahnya. Secara tradisinya, ikan aya atau ikan tongkol menjadi regu nasi dagang.

Selamat menikmati!!!

Monday, June 21, 2010

Makanan Popular Di Terengganu



Ni paling best. Makanan popular di terengganu. Jom ler tengok. Nyum..nyum..nyum..

# Ikan Singgang Terengganu
# Kuih Tepung Gomak
# Kuih Tahi Itik
# Kuih Nekbat
# Kuih Akok
# Nasi Dagang
# Nasi Kerabu
# Satar
# Keropok Lekor
# Budu