Glittermaker

Sunday, July 18, 2010

Peladang Setiu Agro Resort



Peladang Setiu Agro Resort adalah resort pilihan nombor satu bagi kerajaan dan sektor korporat. Ini kerana adanya kemudahan di resort ini dengan kem latihan yang besar yang dijaga dengan baik, selain itu ada juga kolam ikan air tawar, perkhemahan dan ruangan terbuka untuk aktiviti rekreasi dan sebagainya.

Di Agro resort ini pengunjung dapat melihat sendiri perkebunan besar kelapa sawit dan juga bagaimana kelapa sawit ditapis. Di sini juga pengunjng dapat mencari buah-buahan tempatan yang boleh diambil menggunakan tangan dan boleh terus dimakan kerana mereka di menggunakan bahan kimia untuk tanaman di resort ini.

Ada banyak kegiatan yang boleh dilakukan disini. Para pengunjung boleh memilih untuk pergi berkayak, berperahu atau memancing di kolam ikan air tawar yang indah dan cantik serta segar mata memandang.

Peladang Setiu Agro Resort ini mempunyai 32 bilik standard, 20 khusus standard, 3 deluxe, 1 keluarga deluxe dan 1 bilik VIP.

Untuk maklumat lanjut boleh lihat disini. Peladang Setiu Agro Resort






Saturday, July 17, 2010

Kelip-Kelip Di Sungai Yak Yah



Kelip-kelip atau dikenali sebagai kunang-kunang adalah sejenis serangga bersayap yang mengeluarkan cahaya yang berkelip-kelip pada waktu malam.

Pelbagai aktiviti menarik yang didapati disini antaranya melihat habitat spesis kunang-kunang yang terbesar di Malaysia pada waktu malam.



Taman Burung Kuang Ajil



Taman burung seluas 0.688 hektar itu yang terletak di Ajil, sebuah pekan yang mengambil masa kira-kira 35minit perjalanan dari Kuala Terengganu menghala Kuala Berang, mempunyai kira-kira 30 spesis burung kuang dan enam jenis merak yang diperolehi dari dalam dan luar negara.

Kicauan burung yang beraneka warna serta ukuran itu menyerikan suasana Taman Kuang Ajil yang dibangunkan sejak beberapa tahun lepas.

Taman ini dibuka kepada orang ramai dari pukul 9 pagi hingga 6 petang setiap hari.
Burung-burung itu diberi makan 2 kali sehari dengan makanan burung serta buah-buahan seperti pisang,epal dan betik serta sayur sayuran.






Friday, July 16, 2010

Pantai Teluk Mak Nik





Pantai Teluk Mak Nik terletak di Kampung Geliga, Kemaman. Lokasi secara mudahnya terletak di sebelah jalan belakang Masjid Geliga, Kemaman.

Sesuai untuk aktiviti perkelahan atau aktiviti memancing kerana kemudahan-kemudahan telah disediakan untuk para pengunjung antaranya wakaf, taman permainan, tandas awam dan sebagainya.

Pantai Teluk Mak Nik juga dikenali sebagai Monica Bay.


Air Terjun Jeram Tanduk



Jeram Tanduk Air Puteh ini terletak di Kampung Air Puteh dan jarak untuk ke air terjun jeram ini ialah 10km dari kampung Air Puteh dengan suasan perjalanan yang amat sesuai bagi mereka yang gemarkan cabaran.

Untuk ke Kampung Air Puteh ini hanya 32km dari Bandai Chukai, Kemaman, Terengganu.

Merupakan salah satu destinasi pelancongan dan perkelahan yang menarik serta mudah untuk dikunjungi dan terkenal dengan keindahan alam semulajadi.

Apa yang lebih menarik di kawasan air terjun Jeram Tanduk ini ialah terdapat banyak jeram yang menarik antaranya Jeram Sisir, Jeram Kota, Jeram Gajah dan Jeram Galang.


Air Terjun Menderu



Air terjun Menderu ini terletak di daerah Kemaman. Lebih kurang 30km dari Chukai , Kemaman.

Para pengunjung boleh melaku kan aktiviti perkhemahan dan perkelahan disini. Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti wakaf, tandas, surau, bangku.


Taman Rekreasi Bakau Tinggi




Taman rekreasi Bakau Tinggi ini terletak di daerah Kemaman, Terengganu. Aktiviti menarik boleh didapati disini antaranya aktiviti berkayak dan juga adanya restoran terapung.

Antara kemudahananya seperti taman permainan, jungle walk, wakaf, jeti memancing,tandas.


Thursday, July 15, 2010

Wayang Kulit



Wayang Kulit merupakan sejenis hiburan pementasan bayang yang terhasil dari patung yang dibuat daripada belulang (kulit lembu/kerbau/kambing). Terdapat pelbagai jenis wayang kulit bergantung kepada asal mereka. Ia merupakan seni tradisional Asia Tenggara merangkumi Thailand, Malaysia dan Indonesia, yang terutamanya berkembang di Phattalung wilayah selatan Thailand, Jawa dan disebelah timur semenanjung Malaysia seperti di Kelantan dan Terengganu.

Wayang Kulit dimainkan oleh seorang dalang yang juga menjadi narator dialog tokoh-tokoh wayang, dengan diiringi oleh muzik gamelan yang dimainkan sekelompok nayaga dan tembang yang dinyanyikan oleh para pesinden.

Dalam memainkan wayang kulit di balik kelir, iaitu layar yang diperbuat dari kain putih, sementara dibelakangnya disuluhkan lampu eletrik atau lampu minyak (dian), sehingga para penonton yang berada disebelah berlawanan layar dapat melihat bayangan wayang yang berada di kelir. Untuk memahami cerita wayang(lakon), penonton harus memiliki pengetahuan akan tokoh-tokoh wayang yang bayanganya di tampilkan di layar.

Wayang kulit lebih popular di Jawa bahagian tengah dan timur, sedangkan wayang golek lebih sering dimainkan di Jawa Barat.

Di Malaysia sahaja terdapat empat jenis persembahan wayang kulit iaitu Wayang Kulit Melayu, Wayang Kulit Gedek, Wayang Kulit Purwa (atau Wayang Kulit Jawa) dan Wayang Kulit Kelantan (atau Wayang Kulit Siam). Kesemua empat jenis wayang kulit ini hanya boleh ditemui di Semenanjung Malaysia.


Tarian Mak Yong




Makyong merupakan sejenis tarian melayu traditional. Drama tari Makyong ini merupakan sebagai satu bentuk drama tarian melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarianyang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Dramatari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu, Patani, Kelantan, Kedah, Perlis serta di Kepulauan Riau-Indonesia.

Persembahan Makyong biasanya dibuka dengan lagu "Mengadap Rebab" diikuti dengan tarian, lakonan dan muzik. Setiap satu cerita mampu dipersembahkan merentasi beberapa amalan dalam siri pertunjukkan 3 jam. Penonton akan duduk di tiga sisi panggung, sisi ke empat dikhaskan bagi orkestra yang terdiir dari pemain rebab, gendang kepala dua dan tetawak. Kebanyakkan peranan dilakukan oleh wanita dan ceritanya berasaskan cerita rakyat tradisi dengan watak raja, dewa dan pelawak. Makyong dikaitkan dengan upacara di mana pawang cuba menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun.




Wednesday, July 14, 2010

KERIS TERENGGANU




Di Muzium Negeri Terengganu terdapat Galeri Senjata yang mengingatkan kita tentang kegagahan dan kehebatan pahlawan-pahlawan zaman silam. Kehormatan diri serta ketaatan mereka terhadap raja menjadi pegangan yang tidak berbelah bagi.

Kehebatan dan kemahiran tukang besi telah berjaya menghasilkan pelbagai jenis senjata yang boleh digunakan sebagai senjata mempertahankan diri, sebagai perhiasan atau lambang kebesaran dan keagungan.

Para pelancong boleh melihat sendiri keunikkan Keris Terengganu di Muzium Negeri Terengganu.



BATIK SUTERA



Hai kawan-kawan., nak tahu salah satu keunikkan Negeri Terengganu ini?... ianya kerana kecantikkan dan keindahan Batik Sutera. Sememangnya cantik dan esklusif.

Para pelancong jangan lepaskan peluang membeli belah disini ye.

Jom klik di Batik Sutera Terengganu. Pembelian secara online pun boleh.


BATU BERSURAT


Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan Batu Bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia.

Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun1899.

Para pelancong boleh melihat keunikkan Batu Bersurat ini di Muzium Negeri Terengganu. Dan juga boleh melihat ukiran Batu Bersurat ini di tengah-tengah bandar Terengganu.




Tuesday, July 13, 2010

RESEPI IKAN SINGGANG TERENGGANU


Bahan-bahannya:

5 ekor Ikan Aya/Tongkol atau Ikan Kembung
1/4 inci Lengkuas
4 hiris Kunyit Hidup
2 ulas Bawang Merah
2 ulas Bawang Putih
3 keping Asam Gelugor
2 biji Cili dipatahkan
Garam secukup rasa
Air secukupnya.

Cara membuatnya:

Rebuskan semua bahan sekaligus sehingga ikan masak. Boleh ditambah gula jika sukakan rasa lebih manis.

Dimakan panas bersama tempoyak dan sambal belacan. Sangat sesuai dimakan bersama pelbagai jenis ulam.

Selamat mencuba!!




RESEPI KUIH AKOK

Kuih Akok ini juga merupakan salah satu makanan popular di negeri pantai timur terutama Kelantan dan Terengganu. Akok mempunyai rasa yang sangat manis. Kandungan bahan dan cara membuatnya merupakan faktor yang menjadikan kuih akok ini sedap. Kebiasaan nya kuih akok ini berwarna hijau pucat.

Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya:

bahan -bahannya:
10 biji telur ayam
300 gm gula melaka
200 ml air
400 ml santan
2 helai daun pandan
1/2 sudu kecil garam
60 gm tepung (tapi saya guna 70 gm)

cara membuatnya:
1. masak gula melaka bersama 200ml air hingga larut,masukkan sekali daun pandan yg dicarik2.
2. tutup api. biarkan suam.
3. masukkan santan & bahan lain. kacau sebati. tapis.
4. panaskan acuan akok/ muffin tray. dalam oven 210 degC.
5. letak lapisan paling atas dlm oven. masukkan sedikit minyak dlm acuan. biarkan minyak panas.
6. tuangkan bancuhan akok setinggi 1".
kuih akan mengembang. bila sejuk akan kecut balik.


Selamat mencuba!!


RESEPI KUIH TEPUNG GOMAK

Kuih Tepung Gomak ini juga dikenali sebagai Kuih Buah Beluru merupakan sejenis kuih yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu.

Ia merupakan kuih yang diperbuat dari tepung pulut dan berbentuk bulat gentel dengan inti kelapa manis. Dibahagian luar tepung gomak di lumur dengan tepung kacang hijau untuk mengelakkan ianya melekat sesama sendiri.

Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya:

Bahan-bahannya:

400gm tepung pulut
300gm kacang hijau
300gm gula merah
1/2 biji kelapa parut
1 cawan gula pasir

Untuk inti, campurkan gula pasir dan kelapa parut dengan setengah cawan air dan masak sehingga kering. Angkat dan ketepikan.

Bagi membuat kuih, goreng kacang hijau tanpa minyak sehingga garing dan kisar halus seperti tepung dan ketepikan.

Bancuh tepung pulut dengan air sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dibentuk.
Ambil sebesar telur dan leperkan, bubuhkan sedikit inti didalam dan tutup semula.
Didihkan air yang bercampur daun pandan, masukkan tepung yang berinti tadi, angkat apabila kuih timbul.

Kemudian golek-golekkan kuih tadi didalam tepung kacang hijau, susun didalam pinggan.

Siap untuk di makan, mudah bukan?? cubalah sendiri.



RESEPI KUIH TAHI ITIK

Kuih Tahi Itik ini memang popular di negeri pantai timur terutama Kelantan dan Terengganu. Ia merupakan sejenis kuih yang diperbuat dari putih telur dan disira panas dalam air gula. Ia dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik, menurut citarasa pembuatnya.


Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya:

Bahan-bahan
10 biji putih telur itik
500ml santan kelapa
500gm gula pasir
100gm tepung pulut
200gm tepung beras

Cara-cara
1. Campurkan kesemua bahan diatas ke dalam kuali.
2. Masak dengan api sederhana dan kacau perlahan-lahan sehingga menjadi pekat dan berketul. Biarkan sejuk dan bolehlah dibentuk mengikut cita rasa sendiri.

Cubalah sendiri!!


Monday, July 12, 2010

PULAU LANG TENGAH





Pulau Lang Tengah ialah sebuah pulau di luar pantai Terengganu. Air lautnya jernih bak kristal, pantai putih dan bersih serta hutan tropika yang tidak diterokai.

Ia terletak diantara Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Dan dihubung melalui Jeti di Marang.
Pelancong boleh menginap di beberapa hotel yang terdapat di pulau ini. Antaranya, Blue Coral Islan Resort.


PULAU DUYUNG





Pulau Duyung merupakan sebuah pulau di muara Kuala Terengganu. Dahulunya terbagi kepada 2 iaitu Pulau Duyung Besar dan Pulau Duyung Kecil, pemendapan dan longgokkan pasir telah menyatukan dan juga merubah garis pantainya.

Pulau Duyung dahulunya menjadi penginapan ulama terkenal iaitu Tok Syeikh Duyung yang disegani istana dan juga rakyat dan keturunannya, dan merupakan tempat pengajian agama.

Para pelancong yang datang ke Pulau Duyung ini boleh menginap di Ri-Yaz Heritage Resort & Spa Pulau Duyong.

PULAU GEMIA





Pulau Gemia yang juga dikenali sebagai Coral Island merupakan sebuah pulau yang terletak di Terengganu berhampiran dengan Pulau Kapas.

Biasanya pelancongan yang datang ke Pulau Kapas pastinya akan pergi di Pulau Gemia ini. Terdapat sebuah tempat peranginan di Pulau Gemia ini.

Pulau Gemia terletak kira-kira 5km dari Negeri Terengganu. Dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu akan mengambil masa 30 minit dengan menaiki kereta untuk sampai ke Jeti Marang. Dan 10 minit masa perjalanan menggunakan bot untuk sampai ke pulau ini.

Pelancong boleh menginap di Gem Island Resort and Spa. Satu-satunya resort yang terdapat di Pulau Gemia.