Songket
Songket Bunga Penuh
Songket Bunga Tabur
Songket diusahakan sejak berzaman di Pantai Timur dan di Terengganu merupakan negerig bermulanya pusat tenunan di Semenanjung. Songket menjadi pakaian golongan istana, orang-orang besar dan kenamaan. Hari ini songket sudah menular lebih jauh lagi. Dipelbagaikan dalam betnuk penghias dinding (seni khat), pakaian pengantin dan patung, cenderamata, tas tangan, lapik pinggan, sarung kusyen, cadar dan lain-lain.
Keanggunan songket terletak pada sulaman halus benang emas dan perak yang menarik. Songket bukan sahaja mahal, tetapi juga memerlukan masa berminggu-minggu untuk menyiapkan satu tenunan dengan menggunakan bahan-bahan yang mahal.
6 bentuk utama songket iaitu songket bunga penuh, songket bunga bertabur, songket corak jalur, songket corak siku keluang, songket tapak catur dan songket pucuk rebung.
Seperti juga batik, penggubah-penggubah bunga kain songket juga memerlukan daya kreatif yang tinggi untuk membentuk satu hasil yang bermutu tinggi.
Nama songket dipercayai berasal dari sungkit. Menyungkit adalah satu teknik atau cara kerja khusus dalam proses menenun kain songket. Teknik ini melibatkan penggunaan alat yang diperbuat dari buluh, lidi atau bilah nibung.
Dalam proses menenun, kesabaran, ketelitian, penglihatan dan memori yang baik sangat penting.
Keindahan songket terletak pada kepelbagaian dan kehalusan coraknya, juga terdapat 100 motid tradisional pada kain songket.
0 comments:
Post a Comment