Glittermaker

Saturday, July 10, 2010

PULAU TENGGOL



Pulau Tenggol terletak di luar pantai Negeri Terengganu. Lokasinya di Perairan Laut China Selatan dan terdedah kepada tiupan Angin Monsun Timur Laut.

Keindahan pulau ini menjadi tarikan pelancong untuk aktiviti skuba menjejak terumbu karang dan kapal karam.

Pulau ini terletak hanya 45minit dari persisiran pantai Kuala Dungun di bahagian selatan Negeri Terengganu. Pulau ini kecil hanya 3km panjang dan 2km lebar.

Cara untuk ke sana menggunakan jalan laut menaiki bot dari pelabuhan Dungun.

Antara resorts yang sedia ada adalah Tenggol Island Beach Resort, Tenggol Resort dan Aquar Tenggol Resort.



0 comments:

Post a Comment