Glittermaker

Wednesday, July 7, 2010

PULAU PERHENTIAN




Pulau Perhentian adalah salah satu pusat tarikan pelancong yang mesti dikunjungi. Pulau ini terletak 21km dari Kuala Terengganu dan terbahagai kepada dua bahagian iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil.

Pulau yang diliputi hutan yang bersih, pepohon kelapa, pantai yang putih dengan pasir yang halus dan dikelilingi air laut yang biru dan jernih merupakan tempat persinggahan nelayan.

Cara hendak ke Pulau Perhentian:

Dengan menaiki kereta, teksi atau bas dari Kuala Terengganu ke pelabuhan Kuala Besut. Pelabuhan ini terletak kira-kira sejam perjalanan di utara kota Kuala Terengganu. Pelabuhan untuk ke Pulau Perhentian terletak di sini. Selain itu, boleh menaiki bot di Kompleks Perikanan menuju ke Pulau Perhentian. Perjalananan menggunakan bot ke pulai ini memakan masa selama satu jam.







0 comments:

Post a Comment